![]() |
*ANGGOTA polis memeriksa tempat berlakunya kejadian tembak yang mengakibatkan mangsa, S. Jambukeshan mati di Taman Rishah, Ipoh, Perak, semalam. - UTUSAN/ROY AZIS ABD AZIZ |
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditembak akibat pergaduhan membabitkan tiga kumpulan kongsi gelap di kawasan berkenaan iaitu 36, 04 dan 08 yang berebut kawasan.
"Pergaduhan juga dipercayai berebut kawasan pengedaran dadah," katanya.
Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi semalam, mangsa S Jambu Keshan, 39, maut ditembak tiga das tembakan pada jarak dekat. - BH

No comments:
Post a Comment