Oleh ANGELINA SINYANG dan FARHANA JONI
MUKAH, SABTU, 15 Mac, 2014: Barisan Nasional (BN) memilih bekas Pegawai Daerah Dalat, Yossibnosh Balo sebagai calon untuk mewakili parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada 29 Mac ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan pada majlis pengumuman khas calon pilihan BN bertanding di DUN Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin, Yossibnosh, 48, dipilih mewakili BN bertanding di kerusi yang dikosongkan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana beliau merupakan calon terbaik berdasarkan kepada kelayakan dimiliki.
Kata beliau, jawatan terakhir calon itu sebagai Pegawai Daerah Dalat yang sangat rapat dengan rakyat Balingian iaitu daerah terletak bersebelahan dengan Dalat.
"Atas pertimbangan yang dibuat oleh Pengerusi BN iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas diperakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, maka saya mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa calon BN bagi PRK N51 Balingian ialah Yossibnosh Balo.
"Beliau orang yang layak (wakili BN) dan beliau mampu mewakili rakyat di Balingian. BN percaya di atas kemampuan dan sifat beliau yang begitu baik hati, banyak pengalaman, pemurah dan peramah.
"Saya fikir inilah calon terbaik yang dipilih oleh pucuk pimpinan dan saya mendoakan beliau mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya ini," katanya.
Yang turut hadir, Adenan yang juga merangkap Pengerusi BN negeri, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta barisan pemimpin tertinggi parti komponen BN negeri.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan PRK Balingian diadakan pada 17 Mac ini, manakala hari pengundian pada 29 Mac ini.
Seramai 13,366 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK Balingian iaitu 13,233 pengundi biasa dan 133 pengundi awal.
Kerusi DUN Balingian yang disandang Abdul Taib kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan Ketua Menteri dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri pada 28 Februari lalu.
Dalam pilihan raya negeri 2011, Abdul Taib yang bertanding di kerusi itu dalam persaingan tiga penjuru menewaskan Suriati Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154 undi.
Yossibnosh merupakan anak jati Mukah berasal dari Kampung Tellian Tengah, berbangsa Melanau, beragama Kristian dan amat dikenali masyarakat setempat.
Mengulas mengenai latar belakang Yossibnosh, Muhyiddin memberitahu, bakal calon BN itu baru sahaja meletak jawatan sebagai Pegawai Daerah Dalat, sudah berumahtangga dan mempunyai tujuh anak iaitu empat lelaki dan tiga perempuan.
Beliau berkata, Yossibnosh merupakan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1991 di cawangan Telian Tengah.
"Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentabdiran Awam dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM), mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers di Mukah dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di SMK Binatang di Bintangor.
"Beliau pernah menjadi guru sandaran terlatih di SMK Three Rivers pada 1996, pegawai tadbir di Pejabat Daerah Simunjan, pegawai tadbir di Pejabat Daerah Matu dan Pejabat Daerah Bau serta Pegawai Daerah Dalat sehingga meletak jawatan," katanya.
Mengenai sokongan terhadap Yossibnosh, Muhyiddin berkata, beliau yakin dalam kalangan 13,366 pengundi di Balingian akan memberi sokongan kerana mahu melihat pembangunan yang dikecapi semasa pemerintahan Abdul Taib dapat diteruskan. - UTUSAN
![]() |
* MUYIDDIN Yassin dan Adenan Satem (tiga dari kiri) bersama para pemimpin Barisan Nasional mengangkat tangan Yossibnosh Balo (tiga dari kanan) selepas pengumuman calon BN itu di Mukah, Sarawak, semalam. - MINGGUAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA |

No comments:
Post a Comment