My Add

Wednesday, 21 September 2011

Mat Sabu ditahan sebelum dibebas dengan jaminan polis

TIMBALAN Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mat Sabu ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang Selasa dibawa ke IPK Pulau Pinang.
Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.
Mat Sabu dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth Rabu  berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di negeri ini bulan lalu. 

No comments:

Post a Comment