My Add

Wednesday 21 September 2011

Mat Sabu diminta berhenti cakap ‘hentam kromo'

BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor meminta Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhenti ‘membuka mulut’ kerana setiap cadangan dan idea yang dilontarkan beliau menyerlahkan pemikirannya yang cetek dan sering ‘hentam kromo’
.
Menurut laoran Utusan Malaysia, Rahim berkata, terbaru gesaan Mat Sabu supaya kerajaan memohon maaf kepada mereka yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang jelas menunjukkan ketidakcerdikan pemimpin yang menyandang jawatan Timbalan Presiden Pas itu.


Ini kerana, kata beliau, langkah kerajaan memansuhkan ISA bukan bermakna kesemua yang pernah ditahan di bawah akta tersebut termasuk komunis tidak bersalah sehingga kerajaan perlu meminta maaf kepada mereka.

Sambil menyifatkan cadangan Mat Sabu itu sebagai ‘amat dahsyat’, Rahim berkata, hanya orang yang tidak berfikir panjang dan memandang remeh semua perkara atau menganggapnya sebagai lawak jenaka akan mengemukakan cadangan seumpama itu.

“ISA bukan dilaksanakan baru-baru ini atau 10 tahun lampau, malah, boleh saja kita katakan bahawa ‘kegemilangan’ ISA menyamai ‘kegemilangan’ pergerakan komunis yang pernah mahu menghancurkan negara ini dengan kekejaman yang tidak pernah ada hentinya.

“Malah, ada pesalah ISA terdiri daripada komunis yang bukan dilahirkan di negara ini, adakah itu bermakna Mohamad Sabu mencadangkan agar kerajaan mencari waris-waris mereka di negara luar semata-mata untuk memohon maaf atas kekejaman yang mereka lakukan,” kata Rahim kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Selasa.

Rahim mengulas laporan akhbar yang menyebut Mohamad menuntut kerajaan memohon maaf kepada tahanan ISA sepertinya yang ditahan kerana perbezaan aliran politik dan bukan kerana keganasan terutama mereka yang terlibat dalam Ops Lalang 1987.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment