My Add

Friday 23 March 2012

1,165 pesara polis terima RM3.4j

 
JALALUDDIN Abdul Rahman (dua kanan) beramah mesra dengan pesara polis selepas menyampaikan Cek Tabung Amanah Warisan Polis bernilai RM3,000 di Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Rosni Masri

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN 

KOTA BHARU, KHAMIS, 22 Mac, 2012: Polis Kelantan mengagihkan lebih RM3.4 juta wang Tabung Amanah Warisan Polis kepada 1,165 pesara pasukan itu termasuk mereka yang pernah menyertai pasukan keselamatan seperti Special Constable (SC), Home Guard dan Jungle Squad dari 1948 hingga 1962.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sumbangan kerajaan berjumlah RM3,000 setiap seorang itu sebagai penghargaan kepada mereka yang menjaga keselamatan negara lebih empat dekad lalu.

Menurutnya, semua Ketua Polis Daerah telah diarah untuk menyampaikan wang tersebut menggunakan cek bermula dua hari lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment