My Add

Wednesday 7 March 2012

17 peserta layak ke separuh akhir hari ini


SEBAHAGIAN peserta PABM yang layak memasuki peringkat separuh akhir di PICC, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, SELASA, 96 Mac, 2012: Seramai 17 daripada 69 peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori Antarabangsa dan Nusantara berjaya meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Penghakiman PABM, Mazlena Mohamad Hussain berkata, senarai peserta separuh akhir itu masing-masing dua bagi kategori Antarabangsa dan lima bagi kategori Nusantara.

Katanya, bagi kategori Nusantara, lima peserta yang berjaya ialah masing- masing dua dari Malaysia dan Brunei selain seorang lagi dari Indonesia.

Beliau berkata, kesemua peserta yang melepasi saringan separuh akhir akan berentap merebut 11 tempat di peringkat akhir bagi kategori masing- masing pada Khamis ini. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment