My Add

Friday 9 March 2012

59 projek bernilai RM139.3b dilaksana di Iskandar Malaysia

Oleh NURUL HUDA HASSAN

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Sebanyak 59 projek dengan nilai pelaburan RM139.3 bilion di bawah Program Transformasi Koridor dan Bandaraya Iskandar Malaysia akan dilaksanakan di negeri ini dan dijangka siap menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan program tersebut bakal mewujudkan 68,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dan mampu menjana pendapatan negara kasar mencecah RM25.57 bilion.

Menurutnya, 59 projek itu terdiri daripada 27 projek permulaan (EPP) merangkumi sektor pendidikan, pelancongan serta minyak dan gas, manakala 32 projek lagi melibatkan kualiti hidup termasuk jenayah, rangkaian pengangkutan dan rejuvenasi bandar raya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment