My Add

Saturday 10 March 2012

Ada bukti penyelewengan pemberian tender: UMNO Selangor

TANJONG KARANG, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Badan Perhubungan UMNO Selangor mendakwa mempunyai bukti wujudnya penyelewengan dalam proses pemberian tender projek oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor seperti didakwa pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya mempunyai senarai nama syarikat yang didakwa memperoleh kontrak daripada kerajaan negeri secara rundingan terus dan bukannya melalui tender terbuka.

Beliau berkata, melalui senarai itu, pihaknya akan meneliti sama ada pendedahan dokumen-dokumen tersebut yang kononnya akan dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Mac ini tepat atau satu pembohongan semata-mata. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment