My Add

Friday 9 March 2012

Azizan persembah nama dua Exco kepada Sultan Kedah

ALOR SETAR, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mempersembahkan nama dua Exco yang terbabit dalam kemelut pentadbiran kerajaan negeri kepada Sultan Kedah, untuk dipertimbangkan dilantik semula ke jawatan itu.

Azizan dilihat memasuki Istana Anak Bukit di sini pada pukul 4.50 petang sebelum keluar semula hampir sejam kemudian.

Ketika ditemui pemberita di luar pekarangan istana dan ditanya sama ada nama terbabit sudah mendapat perkenan tuanku, beliau berkata: “Sultan akan perkenan kemudian... ambil masa sikit.”

Mengenai tarikh angkat sumpah kedua-dua Exco berkenaan, beliau berkata, pihaknya akan menunggu perkenan Sultan sebelum menetapkan majlis kerana perkara itu bergantung kepada kelapangan baginda.

Pada 28 Februari lepas, hanya lapan daripada 10 Exco mengangkat sumpah bagi pelantikan semula jawatan, manakala Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh tidak disenaraikan untuk berbuat demikian.

Tempoh khidmat mereka tamat secara rasmi semalam. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment