KUALA LUMPUR 24 Mac - Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) menyeru kepada semua bekas penagih dadah di seluruh negara mendaftar sebagai pengundi demi melaksanakan hak serta tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.
Presiden Pengasih, Datuk Mohd. Yunus Pathi berkata, proses pengundian itu mampu memberikan motivasi serta meningkatkan harga diri bekas penagih dadah.
"Ini kerana pengundian memberikan kesedaran bahawa mereka ada hak serta tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia dalam menentukan hala tuju sesebuah negara demokrasi ini.
"Walaupun dilabel dengan pelbagai gelaran seperti 'zombie' dan sebagainya, perlu diingatkan undi mereka adalah sama dengan undi mereka yang bukan penagih," katanya selepas program Pemantapan Semangat Kewarganegaraan di Rumah Pengasih di sini hari ini.
Program sehari yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (spr) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu bagi menerangkan kepada kira-kira 500 anggota Pengasih mengenai hak serta tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
Program itu turut memberikan peluang kepada anggota Pengasih mendaftar sebagai pengundi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment