My Add

Saturday 24 March 2012

Kelantan perlu kawasan perindustrian baru

KOTA BHARU, SABTU, 24 Mac, 2012: Kelantan memerlukan kawasan perindustrian baru yang lebih luas sebagai daya tarikan kepada syarikat besar melabur di negeri ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, kawasan baru tersebut perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air yang sentiasa terjamin.

"Kelantan juga perlu dibina pelabuhan dan lapangan terbang yang lebih besar bertaraf antarabangsa," katanya di sini hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa di Kota Baharu, sudah penuh dengan kira-kira 150 syarikat yang kebanyakannya adalah syarikat kecil.

Beliau berkata, bagi mewujudkan kawasan perindustrian baru, kerajaan negeri perlu mempunyai perancangan jangka pendek dan panjang serta insentif yang boleh ditawarkan sebagai tarikan kepada pelabur untuk melabur di negeri ini.

Katanya, kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pas yang memerintah Kelantan sejak 1990 dalam menyediakan kawasan perindustrian baru, infrastruktur yang terbaik dan insentif menarik, menyebabkan pelabur besar beralih minat untuk melabur di negeri lain yang lebih menguntungkan mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment