My Add

Wednesday 7 March 2012

BN perlu kekal momentum rabut kembali majoriti dua pertiga

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012: Sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan momentum kelebihan yang dimilikinya kini sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang, maka tidak mustahil bagi perikatan itu untuk mengembalikan majoriti dua pertiga yang terlepas pada 2008.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, ini berikutan keberkesanan program transformasi yang dilakukan kepimpinan BN selama ini di samping kegoyahan pembangkang di negeri tadbiran mereka.

Katanya, sebuah kaji selidik yang dilakukan fakultinya dua tahun lalu di Selangor menunjukkan 65 peratus rakyat negeri tersebut menolak kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mereka lihat lemah daripada segi integriti pentadbiran serta gagal membela Islam, Melayu dan Raja (IMR). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment