My Add

Monday 12 March 2012

Budak 5 tahun langgar dinding kaca meninggal dunia

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

ALOR SETAR, IANIN, 12 Mac, 2012: Kanak-kanak berusia 5 tahun yang cedera parah selepas terlanggar dinding kaca di jeti Kuala Kedah pada Jumaat lalu meninggal dunia hari ini.

Foong Chun Yuan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah sejak hari kejadian disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi ini.

Menurut ibunya, Angie Ng Lai Kean, 38, pihak hospital menghubunginya kira-kira pukul 6 pagi untuk memaklumkan keadaan anaknya yang kritikal.

“Saya, suami dan anak-anak terus ke hospital, bagaimanapun Chun Yuan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSB hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment