My Add

Wednesday 7 March 2012

DAP kena bukti tidak bersifat perkauman

BATU PAHAT, SELASA, 06 Mac, 2012: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mencabar DAP meletakkan calon di kawasan majoriti pengundi Melayu bagi membuktikan parti itu tidak bersifat perkauman.

Menurut beliau, berbanding MCA yang meletakkan calon di kawasan majoriti pengundi Melayu, DAP tidak akan berani berbuat demikian kerana parti itu sememangnya bersifat perkauman.

“Saya cabar DAP meletakkan calon di kawasan Melayu bagi membuktikan mereka tidak mengamalkan perkauman, sama seperti yang dilakukan MCA.

“Walaupun mereka sering melaungkan parti itu untuk semua kaum, saya yakin mereka tidak berani berbuat demikian kerana sememangnya DAP parti perkauman,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi lawatan kerja Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman ke peti-peti undi di kawasan Parlimen Batu Pahat di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment