My Add

Saturday 24 March 2012

Doktor Malaysia bersalah laku serangan seksual di Adelaide

MELBOURNE, SABTU, 24 Mac, 2012: Seorang doktor berasal dari Malaysia didapati bersalah bagi dua tuduhan melakukan serangan seksual terhadap wanita di Adelaide. 

Mahkamah Majistret Elizabeth minggu ini mendapati Dr Mohd Zaki Ibrahim, 36, melakukan kesalahan itu pada 31 Mac 2010 dan 16 Julai tahun yang sama.
Seorang jurucakap mahkamah memberitahu bahawa kes itu ditangguhkan ke 27 April untuk pembentangan hujah.

Doktor berkenaan, pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dipercayai bekerja di sebuah pekan di Australia Selatan, sebelum bepindah ke Elizabeth di Adelaide bersama keluarganya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment