My Add

Tuesday 20 March 2012

Ekspo Selangkah Ke UiTM sasar 30,000 pengunjung

SHAH ALAM, ISNIN, 19 Mac, 2012: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia menyasarkan 30,000 pengunjung akan hadir ke Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) kampus Shah Alam selama dua hari bermula 24 Mac ini.

Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Pengambilan UiTM, Mohd. Nizam Nordin berkata, ekspo edisi kelima membabitkan 24 buah fakulti itu diadakan bagi memberi penerangan dan maklumat terperinci mengenai program-program pengajian sedia ada dan baharu yang ditawarkan oleh UiTM.

“Kami berharap pihak yang berminat terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi, dan diploma serta mereka yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dapat hadir ke ekspo tersebut.

“Pada ekspo tersebut calon-calon akan diminta menjalani Ujian Minat Kerjaya bagi menentukan kecenderungan dan kemampuan mereka memasuki kursus tertentu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment