My Add

Monday 12 March 2012

Eksport produk getah naik 10.3 peratus pada 2011

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Eksport produk getah Malaysia terus menunjukkan prestasi memberangsangkan untuk mencecah RM14.2 bilion pada 2011, meningkat 10.3 peratus daripada RM12.9 bilion pada 2010.

Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Penggalakan Eksport Getah Malaysia (MREPC) berkata, jumlah dagangan dalam produk getah mencapai RM18.1 bilion, mengukuh 1.1 peratus berbanding RM16.3 bilion pada 2010.

"Amerika Syarikat kekal sebagai destinasi eksport terbesar Malaysia untuk produk getah, menguasai 26.3 peratus atau RM3.7 bilion daripada eksport produk getah, diikuti dengan Kesatuan Eropah dengan 25.4 peratus atau RM3.6 bilion,” kata ketua pegawai eksekutif MREPC, Datuk Teo Suat Cheng.

Dalam tahun 2011, Asia, selaku rantau mendahului Amerika Utama sebagai destinasi eksport serantau terbesar untuk produk getah Malaysia, menguasai 30.2 peratus daripada jumlah eksport berbanding 28.9 peratus untuk rantau Amerika Utara.

Pasaran pertumbuhan utama pada 2011 ialah Vietnam dengan eksport meningkat 76 peratus, Turki (78 peratus), Republik Czech (54 peratus), Mexico (38 peratus) dan Taiwan (32 peratus). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment