My Add

Monday 12 March 2012

AirAsia X gantung perkhidmatan laluan KL-Christchurch

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: AirAsia X, unit tambang murah, jarak jauh AirAsia, akan menggantung perkhidmatannya di laluan Kuala Lumpur-Christchurch-KL sebagai sebahagian daripada pelarasan rangkaiannya untuk memberikan tumpuan kepada pasaran terasnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia X berkata, penerbangan empat kali seminggu di antara KL dengan Christchurch itu akan digantung selepas penerbangan akhir pada 30 Mei (dari Kuala Lumpur) dan 31 Mei (dari Christchurch).

AirAsia X berkata, ia akan menawarkan pilihan pengembalian wang sepenuhnya, perjalanan ke destinasi AirAsia X yang lain seperti Australia ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur ke Asia Utara, atau tempahan semula penerbangan pergi balik sebelum 31 Mei, kepada pelanggan-pelanggannya.

"Semua perubahan akan dibuat tanpa melibatkan kos tambahan untuk mengurangkan kerumitan akibat pemberhentian perkhidmatan itu dan pelanggan-pelanggan yang terlibat akan menerima emel menyatakan opsyen-opsyen yang ada,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment