My Add

Friday 16 March 2012

EPMB mahu ambil alih Maju Expressway pada harga RM1.15b

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Mac, 2012: EP Manufacturing Bhd (EPMB) mencadangkan untuk berkembang ke dalam perniagaan konsesi lebuh raya dengan mengambil alih Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) bersama-sama dengan perniagaannya pada pertimbangan RM1.15 bilion dari Bright Focus Sdn Bhd dan Ulimas Sdn Bhd.

Bright Focus adalah sebahagian daripada Kumpulan Syarikat-syarikat Maju.

Harga RM1.15 bilion itu akan dijelaskan melalui terbitan 38.462 juta saham EPMB baharu bernilai RM1.30 setiap satu (bernilai RM50 juta), terbitan 100 juta Stok Pinjaman Tidak Bercagar Boleh Tebus (RCULS) (bernilai RM100 juta) dan tunai RM1 bilion, kata EPMB dalam satu kenyataan.

Bersempena pengambilalihan itu, EPMB akan menebus Nota Jangka Sederhana Islam sedia ada MESB yang bernilai nominal RM550 juta.

Sebaik urus niaga itu selesai, Bright Focus dan Ulimas masing-masing akan memiliki 18.2 peratus dan 0.6 peratus EPMB. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment