My Add

Friday 16 March 2012

Akuan Berkanun diguna untuk tukar milik kenderaan

PUTRAJAYA, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Berkuat kuasa serta merta, Akuan Berkanun digunakan untuk urusan tukar milik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menggantikan penggunaan Mykad yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, keputusan itu diambil selepas perbincangan lanjut diadakan antara JPJ dan Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan mengambil kira maklum balas yang diterima daripada pemilik kenderaan dan pengusaha-pengusaha kenderaan terpakai.

"Pemunya berdaftar dan pemunya baru kenderaan perlu mengisi borang akuan sebelum tukar milik kenderaan dilakukan dan kemudiannya disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah yang dilantik oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Cho Ha berkata borang itu boleh dimuat turun melalui portal JPJ di alamat www.jpj.gov.my.

Penggunaan Akuan Berkanun adalah seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 iaitu sesiapa yang didapati membuat pengakuan palsu boleh diambil tindakan perundangan menurut akta ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment