My Add

Friday 16 March 2012

Guru Gred DG41 dipelawa pohon jawatan pensyarah DG44

PUTRAJAYA, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Guru-guru Gred DG41 yang ingin menjadi pensyarah Gred DG44 di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kini dipelawa mengemukakan permohonan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, permohonan untuk menjadi pensyarah bagi gred itu dibuka pada 13 Mac dan berakhir 30 Mac ini.

"Kita ingin mempelawa mana-mana guru Gred DG41 yang layak supaya memohon jawatan ini, terdapat sebanyak 620 kekosongan untuk jawatan ini,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas menangani Isu Kekurangan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini hari ini.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web IPGM.

IPGM merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal guru sekolah rendah dan menengah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment