My Add

Friday 16 March 2012

Hasan Ali kecewa nasib ahli keluarga Memali tidak terbela

BALING, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kecewa dengan nasib ahli keluarga mangsa peristiwa Memali yang tidak terbela walaupun pelbagai pihak memberi sumbangan kepada mereka melalui Pas sejak 27 tahun lalu.

Beliau berkata, ramai pihak tertanya-tanya ke mana perginya wang sumbangan yang dikutip dari seluruh negara oleh Pas untuk keluarga berkenaan kerana kebajikan mereka hingga kini terus terabai.

"Saya masih lagi tertanya-tanya ke mana perginya wang sumbangan itu sedangkan ribuan umat Islam menderma sejak dahulu lagi," katanya ketika menyampaikan ceramah Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di Dewan Keda Kupang, dekat sini malam tadi.

Lebih 5,000 orang hadir bagi mendengar ceramahnya dalam lawatan pertama ke daerah ini.

Hasan berkata, beliau sedih dengan situasi yang dialami ahli-ahli keluarga mangsa Memali terutama selepas membaca buku berjudul 'Mat Sabu Air Mata di Bumi Memali' tulisan salah seorang ahli keluarga peristiwa Memali, Zainon Ismail, 54, yang juga dikenali sebagai C.N Al-Afghani. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment