My Add

Tuesday 13 March 2012

Ibu kanak-kanak mati dibakar tidak akan maafkan pembunuh

JOHOR BAHRU, SELASA, 13 Mac, 2012: Ibu kepada Nurul Nadhirah Abdullah, kanak-kanak yang disahkan dibunuh dan dibakar selepas hilang dari rumahnya hampir dua minggu lepas, tidak akan memaafkan orang yang bertanggungjawab dan mahu dikenakan hukuman setimpal.

Roselyn Alan, 25 berkata, beliau berharap individu berkenaan dikenakan hukuman sama seperti kekejaman yang dilakukan terhadap anaknya yang berusia lima tahun itu.

"Saya tidak tahu kenapa dia sanggup buat anak saya sehingga macam itu. Anak saya masih kecil dan tidak tidak tahu apa-apa. Saya tidak akan maafkan dan saya mahu dia rasa apa yang anak saya rasa,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan takziah dari Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan isteri, Datin Bibi Zakiah Meraslam di rumahnya di Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam, hari ini.

Menurut Roselyn, hatinya berasa amat sakit sejak menerima panggilan pengesahan dari polis petang semalam dan masih tertanya-tanya punca yang menyebabkan anaknya diperlukan sedemikian rupa.

"Saya bukan kaya, kalau minta duit sekalipun saya memang tiada duit. Musuh pun saya tidak ada,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment