My Add

Sunday 18 March 2012

Isu Yahudi putar-belit politik Pas

KUALA LUMPUR, SABTU, 17 Mac, 2012: Pendirian terbaru Pas yang menyokong mengadakan kerjasama dan hubungan dengan Yahudi disifatkan hanya satu cara bagi meringankan tekanan yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran kenyataan kontroversi Ketua Pembangkang itu yang mengiktiraf Israel.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad berkata, kenyataan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga dilihat sebagai satu taktik putar-belit di dalam politik pakatan pembangkang.

“Beliau (Abdul Hadi) cuba mengelirukan orang. Apabila kita bercakap tentang Yahudi sudah tentu persepsi orang ramai juga akan tertumpu kepada ideologinya iaitu Zionis. Israel sebenarnya dikuasai Zionis’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment