My Add

Sunday 11 March 2012

Jepun sambut ulang tahun pertama tragedi tsunami

BERTAFAKUR...Rakyat Jepun membaca doa kepada 19,000 mangsa yang terbunuh dan hilang selepas tsunami melanda negara itu sempena sambutan ulang tahun pertama tragedi terbabit. Kelihatan kapal pengangkut ikan 330 tan, Kyotoku Maru nombor 18, tersadai 800 meter dari kawasan laut pelabuhan Kesennuma. - AP

ISHINOMAKI, AHAD, 11 Mac, 2012: Jepun bertafakur hari ini bagi memperingati 19,000 mangsa yang terbunuh susulan tragedi tsunami berikutan gempa bumi besar sehingga menyebabkan krisis nuklear di Fukushima.

Ramai di kalangan ahli keluarga yang hadir menitiskan air mata ketika majlis itu diadakan sebagai memperingati mangsa yang hilang dan terbunuh.

Tepat pada jam 2.46 petang (waktu tempatan), rakyat Jepun berhenti melakukan tugasan mereka dengan bertafakur susulan gempa bumi bermagnitud 9.0 yang memusnahkan beberapa daerah Jepun.

Sementara itu, sambutan di peringkat kebangsaan menyaksikan lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan sebelum Maharaja dan Perdana Menteri Jepun mengetuai program bertafakur. - AFP

No comments:

Post a Comment