My Add

Wednesday 7 March 2012

Johor tetap kubu kuat Barisan Nasional

KULAIJAYA, SELASA, 06 Mac, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Johor masih merupakan 'tiang seri' dan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan sentimen dan sokongan rakyat negeri ini yang terus bersikap positif terhadap kepimpinan BN.

"Namun, kita tidak boleh ambil mudah perkara ini. Saya mohon pemimpin di semua peringkat sama ada UMNO bahagian dan BN bekerja lebih kuat, kena kerja berganda.

"Apa yang penting kita kena beri tumpuan kepada persediaan kita memenangi hati rakyat dan pengundi, perkukuhkan jentera parti dan mendekati rakyat," kata ketika ditanya mengenai hasil mesyuarat tertutup beliau dengan Badan Perhubungan UMNO Johor dan pemimpin BN negeri di Senai dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment