My Add

Tuesday 13 March 2012

Jualan kasut sumbang RM1.1 bilion kepada ekonomi negara

Oleh ADLINAHANI KHALIL

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Mac, 2012: Jualan kasut di dalam dan luar negara menyumbang kira-kira RM1.1 bilion setiap tahun kepada pembangunan ekonomi negara, sekali gus menjadi satu daripada penyumbang terbesar dalam usaha meningkatkan produktiviti Malaysia.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, jumlah eksport pengeluaran kasut ke luar negara mencecah sebanyak RM500 juta setiap tahun, manakala penjualan dalam negara mencatatkan kira-kira RM600 juta.

“Malaysia semakin dikenali sebagai pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai barangan menarik dengan harga yang berpatutan berbanding negara-negara lain.

“Sehubungan itu, kasut menjadi satu daripada barangan yang sering dibeli oleh pelancong asing, mahupun dalam negara untuk dijadikan sebagai buah tangan ataupun keperluan harian,” katanya ketika menhadiri majlis pra pelancaran Festival Kasut Malaysia Antarabangsa (MISF) ke-3 di sini hari ini. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment