My Add

Tuesday 13 March 2012

Keputusan Shahrizat berundur satu pengorbanan besar

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengutamakan kepentingan kerajaan dan parti mendahului kepentingan peribadi dalam membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April.

Timbalan Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Shahrizat kerana membuat keputusan berani yang hakikatnya sukar dilaksanakan oleh sesiapa jua yang berada dalam kedudukan beliau.

"Ini adalah satu pengorbanan besar daripada seorang pemimpin yang sedang menerajui sayap parti (UMNO),” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Shahrizat mengumumkan akan melepaskan jawatan menteri apabila tempoh pelantikan beliau sebagai Senator Dewan Negara tamat pada 8 April ini, namun beliau akan mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Shahrizat turut menegaskan beliau tiada kaitan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional yang dipengerusikan suaminya, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Muhyiddin menyifatkan keputusan Shahrizat untuk berundur sebagai tepat dan wajar dihormati semua pihak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment