My Add

Tuesday 13 March 2012

Guan Eng bukan tuhan - CAP

Oleh ZABRY MOHAMAD

PULAU PINANG, ISNIN, 12 Mac, 2012: Pemimpin politik diingatkan supaya tidak menganggap diri mereka terlalu berkuasa umpama tuhan atau malaikat terutama dalam membuat sesuatu keputusan dan dasar yang melibatkan kepentingan rakyat.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata, golongan itu harus ingat bahawa mereka tidak selama-lamanya memerintah dan akan tiba masa jawatan sedia ada terpaksa diserahkan kepada pihak lain

Bagaimanapun, katanya, jika berlaku sebarang kemusnahan atau masalah disebabkan tindakan mereka, maka ia terpaksa ditanggung sehingga generasi akan datang.

"Ada orang yang mempunyai kedudukan dalam parti politik menganggap diri mereka cukup berkuasa.

"Ini bukan amalan demokrasi. Demokrasi bermaksud berkongsi kuasa dengan rakyat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment