My Add

Friday 9 March 2012

Kerajaan Kelantan bertindak zalim

IBRAHIM Ali berucap pada majlis pertemuan dengan penduduk berkaitan isu rampasan tanah di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan, semalam.

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

GUA MUSANG, KHAMIS. 08 Mac, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan Kerajaan Pas Kelantan tidak menjalankan pemerintahan mengikut dasar Islam apabila sanggup bertindak zalim merampas balik ribuan hektar tanah yang diusahakan penduduk di Hulu Kelantan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan tersebut akan membantu rakyat tertindas termasuk Orang Asli mendapatkan kembali hak mereka.

Beliau berkata, pada masa sama, penduduk terbabit perlu berani tampil mempertahankan hak mereka, jika tidak, lebih banyak tanah yang mereka usahakan akan dirampas.

"Sekarang kita tidak boleh berpeluk tubuh kerana tindakan kerajaan Pas Kelantan merampas tanah-tanah ini kerana ia tindakan paling zalim," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment