My Add

Friday 9 March 2012

Sultan Kedah belum perkenan - Azizan

ALOR SETAR, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah belum memberi perkenan terhadap cadangan dua nama Exco kerajaan negeri yang dipersembahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Azizan berkata, Sultan Kedah memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan mengenai dua nama yang dikemukakan itu bagi melengkapkan senarai 10 Exco kerajaan negeri.

"Sultan Kedah perkenan kemudian, bukan perkenan sekarang. Baginda ambil masa sedikit baru baginda perkenan," katanya ketika ditemui pemberita di luar Istana Anak Bukit selepas menghadap Sultan Kedah berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Azizan yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah selepas mendapatkan rawatan mata tengah hari ini kelihatan memasuki Istana Anak Bukit pada pukul 4.50 petang dan keluar kira-kira sejam kemudian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment