My Add

Friday 9 March 2012

Koperasi Sektor Awam 1Malaysia ditubuhkan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 08 Mac, 2012; Koperasi Sektor Awam 1Malaysia yang keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam akan ditubuhkan untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja tersebut.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, keputusan tersebut dicapai hasil pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

‘‘Semua penjawat awam boleh menyertainya, Lembaga Pengarah koperasi buat masa ini akan dianggotai oleh pegawai tertinggi CUEPACS.

‘‘Esok kita akan mengawal semua kantin di agensi-agensi kerajaan supaya ia dapat menjana pendapatan penjawat awam.

‘‘Kita harus melakukan transformasi untuk tingkatkan kebajikan penjawat awam termasuk selepas mereka bersara,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment