My Add

Friday 9 March 2012

Penubuhan IRMI erat hubungan rakyat dua negara

JAKARTA, 08 Mac, 2012: Malaysia hari ini mencadangkan penubuhan Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia dan Indonesia (IRMI) dalam usaha merapatkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara berjiran itu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, yayasan itu boleh memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan program- program penyelidikan, percambahan bahasa dan pembangunan industri kreatif yang melibatkan rakyat dua negara.

Jelasnya, IRMI yang bernaung di bawah kuasa pemerintahan dua negara juga akan merancang pelbagai program pertukaran budaya melalui aktiviti mahasiswa dan golongan penulis dalam skala yang besar.

Menurut Rais, peranan IRMI saling tidak ubah seperti payung yang akan melestarikan program-program kerjasama kebudayaan antara dua negara seperti yang dianjurkan sebelum ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment