My Add

Saturday 24 March 2012

Lebih banyak pusat kawalan rondaan sukarela akan dibina

KOTA BHARU, SABTU, 24 Mac, 2012: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bercadang membina lebih banyak pusat kawalan skim rondaan sukarela (SRS) di seluruh negara bagi kemudahan anggota menjalankan tugas membanteras jenayah. 

Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Azman Amin Hassan, berkata bagaimana pun, masalah tanah untuk didirikan pusat tersebut menjadi kekangan kepada pihaknya.

Setakat ini, Pahang adalah negeri terbanyak mempunyai pusat kawalan SRS, iaitu 29 buah dan di Kelantan terdapat lapan pusat, katanya pada majlis penyerahan dan perasmian pusat itu di KRT Tanjung Mas, dekat sini, malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment