My Add

Saturday 24 March 2012

Pastikan atlet basikal dilindungi insurans

BANGI, SABTU, 24 Mac, 2012: Semua persatuan basikal di negara ini perlu memastikan atlet mereka mempunyai perlindungan insurans, jika tidak mereka boleh dianggap sebagai cuai.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah memastikan atlet mempunyai perlindungan insurans adalah penting sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

"Persatuan harus melihat aspek memberikan insurans itu adalah sesuatu yang penting kalau tidak saya kira persatuan yang berkenaan dianggap cuai, ini kerana siapa yang nak bayar ganti rugi dan sebagainya (kalau kemalangan berlaku).

"Kalau berlatih untuk kepentingan persatuan, demi kepentingan negara mereka perlu dilindungi oleh perlindungan insurans dan dari segi individu mereka juga perlu melindungi diri mereka," katanya ekoran insiden beberapa kemalangan membabitkan atlet basikal akhir-akhir ini.

Ahmad Shabery berkata, beberapa insiden kemalangan yang berlaku di kalangan atlet basikal negara baru-baru ini perlu diambil perhatian.

"Walaupun mereka dah ada marsyal dan sebagainya namun masih dilanggar, ini juga adalah satu masalah yang perlu dilihat dalam konteks Prosedur Operasi Standard (SOP)," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment