My Add

Thursday 8 March 2012

Lynas: Maximus dengar rayuan Tan Boon Teet dan rakan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili akan mendengar rayuan Tan Boon Teet dan lima orang rakannya mengenai kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Kenyataan kementerian itu berkata, hari ini melalui syarikat peguam mereka, Tetuan Bastian Vendargon, kumpulan itu merayu menteri menyemak kembali keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom yang mengeluarkan lesen operasi sementara kepada Lynas (M) Sdn Bhd.

Rayuan dibuat di bawah peraturan Seksyen 32 Akta Pelesenan Tenaga Atom (Akta 304).

Notis memberitahu tarikh mendengar rayuan itu telah dihantar kepada firma guaman berkenaan hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment