My Add

Monday 12 March 2012

Majlis bacaan Yasin, tahlil untuk Allahyarham Tun Razak

PEKAN, AHAD, 11 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyertai majlis bacaan Yasin dan tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini malam ini.

Majlis itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang penduduk Pekan dan kawasan sekitarnya.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengetuai bacaan Yasin dan tahlil itu yang diadakan selepas solat Maghrib dan solat hajat.

Selesai tahlil, Abdul Rahman turut menyampaikan tazkirah ringkas sementara menunggu masuk waktu solat Isyak.

Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, meninggal dunia pada 14 Januari 1976, di London kerana penyakit leukemia pada usia 53 tahun. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment