My Add

Thursday 8 March 2012

Mangsa Banjir di Lembah Klang masih di pusat penempatan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Banjir di kebanyakan kawasan Lembah Klang semakin surut sejak pagi tadi namun masih ramai mangsa yang ditempatkan di pusat penempatan sementara berikutan keadaan belum pulih sepenuhnya. 

Di Ampang dekat sini, seramai 425 mangsa banjir di Lembah Jaya masih ditempatkan di Surau Ihsaniah di kawasan itu, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin.

Beliau berkata mereka adalah antara penghuni 230 rumah yang dilanda banjir dan lumpur semasa banjir sedalam dua meter malam tadi akibat hujan lebat dan ribut di sekitar Lembah Klang.

"Seramai 280 lelaki dan 145 wanita berada di surau berkenaan kerana kerja-kerja pembersihan masih dijalankan," katanya kepada Bernama hari ini. 

Beliau berkata kerja-kerja pembersihan itu turut dibantu petugas Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. 

Sementara itu, Penguasa Bomba dan Penyelamat Hulu Langat, Rafie Sapar berkata separuh daripada 413 mangsa banjir masih berada di pusat penempatan sementara Surau Kampung Belacan berikutan air baru surut. 

Beliau berkata kerja-kerja pembersihan masih dijalankan membabitkan kawasan di Kampung Belacan, Batu 18 Hulu Langat dan Sungai Serai.

Sementara itu, banjir kilat turut menjejaskan parkir kereta di Kondominium USJ 1 Avenue, Subang Jaya di mana beratus kenderaan ditenggelami air berikutan hujan lebat semalam. 

Seorang mangsa Latifah Rose Hanim, 40, berkata kejadian itu menyebabkan beliau mengalami kerugian kerana keretanya tidak boleh dibuat tuntutan insuran akibat bencana alam. 

"Saya tidak dapat tidur sehingga 5 pagi dan terpaksa mengambil cuti kecemasan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment