My Add

Sunday 18 March 2012

Mawan kekal Presiden SPDP, King Sing timbalan

BINTULU, AHAD, 18 Mac, 2012: Tan Sri William Mawan mengekalkan jawatan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) manakala Datuk Seri Tiong King Sing pula sebagai timbalan presiden parti yang baru untuk penggal 2012-2105 pada perhimpunan agung yang diadakan tiga tahun sekali parti itu di sini hari ini.

King Sing yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Bendahari agung parti, menggantikan Datuk Peter Nyarok Entri yang dilantik sebagai presiden kehormat seumur hidup.

King Sing yang merupakan Ahli Parlimen Bintulu, juga merupakan Pengerusi Majlis Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Menggantikan beliau sebagai Bendahari agung ialah Senator Pau Chiong Ing.

Mawan mempertahankan jawatan Presiden tanpa bertanding. Beliau menjadi presiden SPDP sejak permulaan parti berbilang kaum itu ditubuhkan iaitu lebih lapan tahun lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Sagan pula dipilih sebagai Naib Presiden Kanan parti.

Jawatan Naib Presiden parti pula disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong anak Judat, Dr. Roland Dom Matu dan seorang juruterbang Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan.

Dalam perhimpunan sama, Ketua Wanita SPDP, Chiew Yen Chew dan Ketua Pemuda Robert Ayu turut mengekalkan jawatan masing-masing. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment