My Add

Friday 9 March 2012

MTSU mahu CUEPACS teruskan usaha SBPA

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mc, 2012: Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung (MTSU) mahu CUEPACS meneruskan usaha Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dibatalkan. 

MTSU adalah anggota gabungan CUEPACS.

Setiausaha Agungnya, Samuel Devadasan, berkata pendirian CUEPACS selama ini untuk menamatkan SSM bagi mewujudkan sistem gaji lebih baik kepada anggota sektor awam.

"MTSU kecewa apabila SBPA dibatalkan manakala SSM dikekalkan dengan sedikit penambahbaikan," katanya ketika ditemui di bangunan CUEPACS sebentar tadi. 

Samuel berkata, mesyuarat CUEPACS yang bermula kira-kira jam 3 petang tadi juga berlangsung dalam keadaan "panas" apabila kebanyakan pemimpin yang menghadirinya meluahkan rasa tidak puas hati dengan pembatalan SBPA. 

Katanya, SBPA memberi semangat serta nafas baru kepada anggota sektor awam sebaliknya kini ia dibatalkan. 

"MTSU berharap supaya SBPA dapat dilaksanakan manakala SSM dibatalkan," katanya. 

No comments:

Post a Comment