My Add

Saturday 24 March 2012

Nalakaruppan cabar Anwar cepat ambil tindakan mahkamah

KUALA LUMPUR, SABTU, 24 Mac, 2012: Senator Datuk S Nalakaruppan tidak akan berganjak daripada kenyataannya baru-baru ini yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak sebagai pemimpin dan tidak gusar dengan notis menarik balik kenyataan yang disampaikan oleh peguam Anwar kepadanya. 

Malahan, Nalakaruppan mencabar Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya menyegerakan tindakan undang-undang ke atasnya.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Nalakaruppan berkata peguam Anwar sudah menghantar notis tuduhan fitnah dan berniat jahat terhadap ketua pembangkang itu pada Khamis lalu yang memberinya tempoh 48 jam untuk menarik balik kenyataan itu.

"Saya sudah menerima notis itu dan saya tidak akan menjawab suratnya itu. Saya akan terus bercakap mengenai beliau sehingga beliau mendakwa saya di mahkamah," katanya. 

Senator Mohamad Ezam Md Noor yang hadir pada sidang akhbar itu berkata, tindakan Anwar menghantar notis itu menunjukkan bahawa beliau takut dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas rakan baiknya itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment