My Add

Saturday 24 March 2012

Kerajaan tidak tabur janji tidak boleh tunai - PM

PORT DICKSON, SABTU, 24 Mac, 2012: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang terbaik untuk rakyat, tidak akan menabur pelbagai janji yang tidak mampu ditunaikan seperti yang dilakukan pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tanpa perlu menabur janji-janji, kerajaan BN tetap akan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.

"Pembangkang ini senjata pada tangannya adalah jual janji, tapi apabila kita timbang punya timbang, janji itu mustahil untuk dilaksanakan," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan rumah mampu milik berkualiti di Taman Intan Duyung di sini hari ini sempena lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan.

Perdana Menteri juga berkata, pelbagai janji pembangkang sekiranya dilaksanakan juga akan menyebabkan negara muflis dan menjadi lebih teruk daripada apa yang berlaku di negara Greece sekali gus menyebabkan rakyat hilang keyakinan.

Perdana Menteri berkata, pembangkang hanya pandai menjanjikan daripada segi perbelanjaan seperti mengurangkan tol dan menghapuskan pinjaman PTPTN sebaliknya daripada segi pendapatan langsung tidak diambil kira. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment