My Add

Friday 9 March 2012

Pakej landasan MRT Sg Buloh-Kajang dua minggu lagi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Dua pakej pembinaan bernilai RM1.74 bilion bagi landasan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang dijangka bermula dalam masa dua minggu lagi.

Pakej itu diberikan kepada IJM Corp Bhd dan Ahmad Zaki Resources Bhd oleh Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) pada Januari.

Pengarah Urusan IJM, Datuk Teh Kean Ming berkata, walaupun kerja dijangka bermula dalam masa dua minggu, “kami masih menunggu kelulusan pihak berkuasa tempatan”. "Kami yakin akan mendapat kelulusan berkenaan tidak lama lagi,” kata pada taklimat media bersama dengan Ahmad Zaki di sini hari ini.

Pengarah Urusan, Ahmad Zaki Datuk Wan Zakaria Wan Muda berkata, pelan pelaksanaan pengurusan projek yang sewajarnya telah ada bukan sahaja untuk memenuhi keperluan MRT Corp tetapi juga untuk menangani pelbagai kebimbangan yang dibangkitkan oleh orang ramai.

"Dengan perancangan yang betul dan adanya langkah-langkah kawalan, kami berharap dapat meminimumkan sebarang gangguan yang boleh menimbulkan kesulitan kepada orang ramai dan pihak berkepentingan dalam kawasan sekitar projek,” katanya.

Beliau berkata akan terdapat talian Hotline 24 jam (1800-82-6868) untuk melayan sebarang pertanyaan atau aduan, Pasukan Tindakan Kecemasan 24 jam dan pasukan pengurusan trafik khusus.

Kerja pembinaan kerja pertama, Pakej V5, yang telah diberikan kepada IJM, terdiri daripada pembinaan dan penyiapan satu jejambat dan kerja-kerja berkaitan lain dari portal Maluri ke stesen Plaza Phoenix dengan jarak 5.4 kilometer.

IJM menjangka projek itu, bernilai RM974 juta, akan siap pada dalam masa kira-kira 43 bulan.

Kontrak pakej V6 Ahmad Zaki melibatkan pembinaan dan penyiapan jejambat dan kerja-kerja lain yang berkaitan dari Plaza Phoenix ke stesen Bandar Tun Hussein Onn dengan nilai kontrak sebanyak RM764.9 juta.

Ia berkata jajaran itu menggunakan sepenuhnya struktur tinggi dengan jumlah jarak 5.24 kilometer di sepanjang Lebuh Raya Cheras-Kajang dan dijangka siap pada Jun 2016. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment