My Add

Tuesday 6 March 2012

Pelabur semakin yakin, usaha banteras jenayah berhasil: TPM

KULAIJAYA, SELASA, 06 Mac, 2012: Masyarakat pelabur di seluruh dunia semakin yakin untuk melabur di Malaysia berikutan kejayaan kerajaan melaksanakan usaha mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelaburan asing telah meningkat kepada RM33 bilion pada 2011 berbanding RM29 bilion pada 2007.

"Pada 2011 indeks jenayah keseluruhan negara telah berkurangan sebanyak 11 peratus berbanding pada 2010, melebihi daripada sasaran yang ditetapkan sebanyak lima peratus,” kata beliau.

Dalam Indeks Keamanan Global tahun lalu juga, Muhyiddin berkata, Malaysia telah menunjukkan peningkatan dari segi keselamatan dan keamanan di kalangan negara Asia Tenggara iaitu tempat ke-19 daripada 153 negara berbanding tempat ke-26 pada 2009.

Beliau berkata, demikian semasa merasmikan Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012 dan lawatan kerja Inisiatif NKRA Majlis Perbandaran Kulai di sini, hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment