My Add

Saturday 17 March 2012

Pemasaran Maritim Matrade ke Singapura raih jualan US$5j

SINGAPURA, SABTU, 17 Mac, 2012: Misi Pemasaran Maritim sulung Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) ke Singapura membuahkan hasil, kata Pesuruhjaya Perdagangannya ke Singapura, Naim Abdul Rahman.

"Misi itu yang diadakan bersempena dengan pameran dan persidangan Maritim Asia Pasifik (APM) 2012, selama tiga hari yang berakhir semalam, mencatatkan jualan berpotensi US$5 juta bagi pembinaan kapal dan pembaikan kapal,” katanya.

Matrade mengetuai delegasi 15 anggota terdiri daripada syarikat maritim, termasuk lapan peserta pameran, ke APM 2012.

Delegasi Malaysia terdiri daripada anggota Persatuan Industri Marin Malaysia dan Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT).

Naim berkata, syarikat Malaysia berpuas hati dengan penyusunan yang dibuat Matrade, yang termasuk perangkaian antara peserta industri maritim Malaysia dan Singapura; mesyuarat perniagaan bersemuka; dan kunjungan ke kemudahan marin dan kejuruteraan luar pantai Singapura. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment