My Add

Friday 23 March 2012

Pemergian Mazlan kehilangan kepada dunia kewartawanan

NAJIB Tun Razak mengaminkan doa ketika menziarahi jenazah Allahyarham Mazlan Nordin (gambar kecil) di Petaling Jaya, malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID
PETALING JAYA, JUMAAT, 23 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Mazlan Nordin merupakan satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan.

Beliau berkata, jasa dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang oleh kerajaan dan rakyat.

"Minat Allahyarham dalam bidang penulisan (terlalu mendalam) saya difahamkan dalam saat-saat akhir beliau masih menulis.

"Ini menunjukkan semangat beliau untuk menulis dan membuat karya tidak pernah padam walaupun dalam masa persaraan,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi jenazah Allahyarham Mazlan di rumah anak perempuannya di Seksyen 16 di sini malam tadi.

"Allahyarham merupakan seorang tokoh dalam zaman ayahanda saya, bagi pihak diri saya, ia merupakan satu kehilangan peribadi,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira 10 pagi ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment