My Add

Saturday 10 March 2012

Pendekatan komprehensif tangani tunggakan bil hospital

KOTA KINABALU, SABTU, 10 Mac, 2012: Kerajaan mengambil beberapa pendekatan komprehensif dalam menangani masalah bil tidak berbayar di semua hospital awam di Sabah kata, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata, antaranya ialah dengan memastikan pesakit membayar terlebih dahulu separuh daripada jumlah kos rawatan sebelum dimasukkan ke wad.

"Selain itu, kementerian bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk memperkenalkan insuran perubatan yang wajib diambil oleh majikan yang menggaji pekerja asing bagi mengurangkan bil tidak berbayar oleh pesakit warga asing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rosnah mengulas dakwaan Penolong Setiausaha DAP Sabah, Junz Wong baru-baru ini bahawa kerajaan menanggung kerugian RM100 juta akibat bil tertunggak.

Timbalan Menteri itu tidak menafikan kerugian yang ditanggung kerajaan, namun jumlah sebenar hanya suku daripada apa yang didakwa oleh pihak pembangkang itu.

Menurutnya, dari 2009 hingga 2011 jumlah tunggakan bayaran bil di hospital kerajaan di seluruh negeri ialah RM25.834 juta termasuk kira-kira RM21.540 tunggakan pesakit warga asing dan lebih RM4.24 juta oleh warganegara. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment