My Add

Wednesday 21 March 2012

Penduduk tidak tahan, rayu MPS bertindak

SELAYANG, SELASA, 20 Mac, 2012: Penduduk Flat Taman Desa mendesak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) segera menunaikan tanggungjawab mereka dengan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh perumahan di Batu Caves itu.

Mereka kini sudah tidak tahan dengan keadaan perumahan transit itu memandangkan terpaksa menghidu bau tidak menyenangkan dan melihat kekotoran di situ pada setiap hari.

Seorang penduduk, Ashraf Abdullah, 48, berkata, sebelum ini kehidupan mereka agak selesa kerana keadaan flat yang terjaga tidak seperti keadaan sekarang.

"Sewa rumah yang sebelum ini hanya RM175 dinaikkan kepada RM300 sebulan, tetapi penyenggaraan tidak dilakukan seolah-olah kami tidak layak hidup selesa seperti orang lain.

"Saya khuatir jika rumah-rumah yang tidak berpenghuni dijadikan tempat maksiat melepaskan ketagihan dadah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment