My Add

Saturday 24 March 2012

Pengurusan sumber air perlu sejajar dengan iklim

PARIT BUNTAR, SABTU, 24 Mac, 2012: Pengurusan sumber air negara perlu diselaraskan dengan perkembangan iklim dunia dan pertambahan penduduk, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, Dasar Sumber Air Negara (DSAN) yang dilancarkan Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Air Sedunia 2012 peringkat kebangsaan di sini hari ini akan membantu hala tuju pengurusan sumber penting itu.

Katanya, ini adalah kali pertama negara mempunyai satu dasar yang akan dapat menyelaraskan semua agensi, pihak dan jabatan berkaitan air ke arah program pengurusan air yang lebih mampan.

"Pelbagai struktur di peringkat persekutuan membabitkan beberapa kementerian dan negeri yang bertanggungjawab berkaitan air, menjadikan dasar berkenaan dapat menyelaraskan semua pihak di bawah program yang bersepadu," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Air Sedunia 2012 peringkat kebangsaan dan pelancaran DSAN di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment