My Add

Saturday 24 March 2012

NBOS 3 berjaya laksana 406 PBR di Sarawak dan Sabah

SARIKEI, SABTU, 24 Mac, 2012: Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia berjaya membina serta membaik pulih sejumlah 406 rumah rakyat miskin di Sabah dan Sarawak di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 (NBOS 3).

Panglimanya, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, Projek Bantuan Rumah (PBR) di bawah NBOS3 itu mula dilaksanakan Ogos tahun lepas dan siap dalam tempoh enam bulan berbanding 11 bulan yang ditetapkan.

Beliau berkata, demikian pada majlis penyerahan kunci dan dokumen PBR bagi bahagian Sarikei kepada kerajaan negeri, yang diwakili Menteri Muda Sumber Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh.

Mohd. Zaki berkata, sebanyak 376 PBR berjaya dilaksanakan di Sarawak melibatkan kos RM8.6 juta dan selain Sarikei, rumah itu terdapat di daerah Serian, Kanowit dan Betong.

Beliau berkata, Sarikei mencatat jumlah PBR terbanyak iaitu 140 unit dengan 40 daripadanya di bawah kategori bina baru manakala yang lain adalah rumah yang dibaik pulih.

"Menerusi program NBOS3 ini, kira-kira 30 peratus atau RM2.6 juta jumlah kos pengangkutan dan penghantaran bahan binaan serta harga bahan binaan yang lebih tinggi di kawasan pedalaman, dapat dijimatkan tanpa satu rumahpun gagal disiapkan,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment